Prihatin 0.15 / 08 ( 04 ) Tarikh : 22 Zulkaedah 1429 H ( 20 November 2008 ) KEPADA, Yang bahagia Prof Madya Dr. Kamar Oniah INTERACTIVE MUSLIMAH ASSOCIATION ( IMAN ) E3A-3A, Tingkat 4, DATARAN PALMA Off Jalan Ampang, 68000 Ampang, SELANGOR D.E. السلا م عليكم ورحمة الله وبركات Puan, UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH Di do’akan agar Prof serta semua warga IMANEXCO sentiasa dalam kesejahteraan dan dalam lindungan Allah. Dengan rasa ukhuwah dan teramat sukacitanya, di nyatakan di sini pada tarikh 19 november 2008 yang lalu; PRIHATIN telah bermesyuarat dan melahirkan rasa jutaan terima kasih seluruh warga da’if Baling kepada IMAN diatas segala usaha dan sumbangan yang telah kami terima dalam berbagai bentuk. Sumbangan murni itu, sedikit sebanyak telah meringankan bebanan nafkah penduduk disini dan yang terlebih penting ianya telah melahirkan rasa insaf kami bahawa masih ada insan yang sayang dan prihatin membela nasib penduduk miskin ini. Segala kesempatan dan rezki Allah ini akan kami gunakan sebaik mungkin. Semoga dilimpahkan rezki yang berlipat kali ganda buat semua juga bertambah erat dan berterusan ukhuwah antara kita, juga mendapat perlindungan Allah dan rahmat darinya dunia dan akhirat. Terima kasih diatas segalanya dan salam ukhuwah buat seluruh komuniti IMAN. Sekian,terima kasih, wassalam.
“ KEDAH SEJAHTERA, NIKMAT UNTUK SEMUA ”
Yang benar,
USTZ. CHE TAH BT BAKAR Pengerusi Wanita Prihatin Baling Kedah ( PRIHATIN )WANITA PRIHATIN BALING, KEDAH ( PRIHATIN ) V4, Bagunan MDB, Jln. Syed Sheh, Pekan Baru 09100 Baling Kedah Darul Aman Tel / Fax : 04 4706787 __________________________________________________________
|